CIRI-CIRI UTAMA YANG PENTING UNTUK PERKEMBANGAN KLINIK PERGIGIAN ANDA PADA MASA DEPAN

Biarkan kumoDent mengurus pengurusan & operasi klinik pergigian anda.

kumoDent mengurus operasi penuh klinik pergigian anda daripada penjadualan janji temu hingga jualan, inventori, preskripsi, komisen dan bahkan rakam waktu masuk dan keluar kakitangan! Data pesakit disimpan dengan selamat dan boleh didapatkan semula pada bila-bila masa dan dengan cara yang berstruktur, yang bermakna anda akan menghabiskan lebih banyak masa dengan pesakit dan kurang masa pada tugas pentadbiran. Anda juga akan dapat mencegah akses ke dalam sistem apabila kakitangan anda tiada di pejabat dan mencegah meja depan daripada membuat perubahan pada data berkaitan jualan, dengan itu banyak mengurangkan risiko penipuan.
JANJI TEMU

Tidak akan terlepas janji temu yang dijadualkan dan tiada lagi tempahan berlebihan

Dengan kumoDent, anda boleh melihat dengan mudah semua janji temu hari itu berdasarkan Bilik atau Doktor yang tersedia. Manfaatkan Tempahan Dalam Talian yang tersedia, yang membolehkan pesakit baharu dan sedia ada menempah janji temu mereka dengan mudah secara dalam talian dan masa nyata, meskipun ketika anda tiada di klinik.
PEMBERITAHUAN MASA NYATA

Pastikan pesakit diingatkan tentang janji temu mereka

Janji temu yang dicipta dalam kumoDent memulakan peringatan SMS secara automatik dan menyegerakkan janji temu dengan kalendar telefon pesakit anda. Respons sama ada “Sah” atau “Tolak” akan dihantar secara automatik kepada e-mel Klinik anda supaya anda dimaklumkan, dengan itu mengurangkan ketidakhadiran.
JADUAL (RAKAM WAKTU MASUK DAN RAKAM WAKTU KELUAR)

Jejaki rakam waktu masuk dan rakam waktu keluar kakitangan menggunakan kumoSan

kumoSan ialah aplikasi percuma untuk pengguna kumoDent, dibina untuk iOS dan Android. Aplikasi tersebut digunakan oleh kakitangan dan doktor anda; sistem ini menjejaki rakam waktu masuk dan rakam waktu keluar, janji temu dan tugas langsung untuk hari itu.
PENGEBILAN DENTPOS

Transaksi selamat dan penipuan berkurang

DentPOS ialah modul pengebilan dalam kumoDent yang dibina untuk mencegah perubahan jualan tanpa kebenaran. Sistem ini juga dipautkan kepada Nota Kes, supaya apabila anda memasukkan rawatan atau ubat dalam nota anda, meja depan akan mengebil pesakit berdasarkan butiran yang anda masukkan, melindunginya daripada sebarang perubahan.
BAHAN PESAKIT

Kongsikan visual penjagaan pascarawatan dengan pesakit

Meminta pesakit menjaga gigi mereka selepas rawatan adalah penting. Memajukan visual penjagaan pascarawatan melalui Whatsapp dari dalam kumoDent itu sendiri. Ditulis berdasarkan perubatan dan direka bentuk oleh Mediconnexions Consulting, bahan ini disediakan tanpa sebarang kos.
EMAILER HARIAN

Prestasi Perniagaan di hujung jari anda

Dengan jadual anda yang sibuk, anda mungkin tiada masa untuk menyemak penutupan anda pada penghujung setiap hari, lebih-lebih lagi jika anda mengurus rantaian klinik, kumoDent disediakan dengan emailer pelaporan perniagaan harian yang dihantar setiap pagi, memberi anda maklumat penting tentang prestasi perniagaan anda setakat ini.
ALAT KAMERA

Dokumenkan gambar rawatan pesakit dalam kumoDent

Tangkap gambar rawatan pendakap pesakit menggunakan alat Kamera terbina dalam. Semua gambar yang diambil akan disimpan secara automatik dalam kumoDent, membolehkan anda untuk mendapatkannya semula pada bila-bila masa dari mana-mana peranti. Selain itu, anda akan dapat membuat kolaj atau melukis pada gambar ini atau menganotasikannya sebagaimana yang anda mahu.
ANOTASI ATAU LUKISKAN PADA GAMBAR DAN TEMPLAT ANATOMI

Anotasi atau lukiskan pada gambar dan templat anatomi

Muat naik sebanyak mungkin templat anatomi ke kumoDent yang anda mahu. Kemudian, gunakan templat ini untuk melukis atau mengambil nota secara elektronik. Selain itu, anda juga boleh melakukannya dengan carta atau gambar pergigian pesakit. Ya! Anda akan dapat melukis dan menganotasi pada carta pergigian atau gambar pesakit yang baru sahaja anda rawat. Dengan aplikasi tablet kumoBiz dan stilus, ini adalah semudah seperti menulis di atas kertas menggunakan pen, tetapi LEBIH BAIK!
KOLAJ GAMBAR

Buat kolaj perkembangan rawatan pesakit anda

Pepatah yang berbunyi, "Gambar boleh memberikan seribu makna", adalah sangat benar. Gambar yang ditangkap menggunakan Alat Kamera kumoDent boleh ditukar menjadi kolaj berbilang grid, memberikan pesakit pandangan perubahan yang progresif. Anda bahkan dapat melukis atau menganotasikannya secara elektronik, semua dilakukan dalam kumoDent.
SEDIA BERBILANG CAWANGAN

Uruskan klinik berbilang cawangan dengan mudah

Pesakit melawati cawangan yang berbeza? Jangan bimbang! Semua EMR pesakit disegerakkan di semua cawangan secara masa nyata! Doktor di cawangan yang berbeza akan dapat melihat maklumat sejarah mana-mana pesakit, dan rawatan yang dilakukan oleh doktor lain atau di cawangan yang berbeza.

Digitalkan Klinik Anda dengan Sistem Awan Sebenar

Kami di kumoDent faham bahawa mengurus perniagaan klinik pergigian bukan tugas yang mudah. Kami menyokong anda.

Kami telah beroperasi selama bertahun-tahun, memfokus pada Klinik Estetik di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura di bawah Aoikumo.

Dengan rekod prestasi yang telah terbukti bagi jenama yang menonjol di seluruh APAC yang dijalankan di bawah Aoikumo, kumoDent telah dibina dengan teknologi dan formula yang sama; untuk berdedikasi ke arah memberikan perkhidmatan dalam industri dengan produk inovatif yang hebat dan dipacu teknologi. Tidak perlu mencari lagi, kerana kami yakin bahawa kumoDent akan dapat memenuhi kebanyakan keperluan perniagaan, sekarang dan pada masa depan.

Industri Yang Kami Liputi

Pencartaan Pergigian & Periodontal

Rekod Perubatan Elektronik

KETAHUI LEBIH LANJUT
MENGAPA PILIH KAMI?

Memperkemaskan proses anda, meningkatkan kecekapan, menyediakan perniagaan klinik pergigian anda untuk kejayaan

Sistem Semua dalam Satu

Semua ciri yang disepadukan dalam satu sistem, boleh diakses melalui web dan aplikasi mudah alih yang disokong di Google Chrome, iOS dan Android

Mesra Pengguna

Dibina untuk memfokus pada pengalaman pengguna, anda akan terfikir sebab anda tidak menggunakan kumoDent lebih awal

Teknologi Awan

Teknologi awan yang teguh dan masa nyata dengan sandaran automatik setiap hari secara berterusan

Selamat, Kukuh & Stabil

Selamat, stabil dan kukuh, dengan data yang disulitkan menggunakan teknologi Microsoft Azure dengan 99.9% SLA

Kemas Kini Sepanjang Hayat

Kemas kini, pembetulan dan sokongan khusus pada ciri sepanjang hayat yang berterusan

Tiada Komitmen

Pendaftaran mudah dan ringkas, tanpa sebarang komitmen kontraktual, bayaran pendahuluan atau pembatalan

Sokongan Berbilang Bahasa

Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (中文), Bahasa Thai dan Bahasa Indonesia dengan bahasa lain pada masa ini telah ditambah

Penyepaduan Pembayaran dengan terminal EFT tersedia

Menyokong semua bank, pindahan dalam talian dan e-Dompet utama di Malaysia

Liputan Media

  • Vivamus nec semper elit, vel congue sem. Ut pulvinar ante magna, ac convallis mi tincidunt non. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia curae; Nullam et laoreet mi. Nunc et mauris erat. Morbi sed odio consequat ligula consectetur dictum a in metus. Phasellus semper justo in ullamcorper molestie.
    JOHN DOE, Job Title
    COMPANY NAME
  • Vivamus nec semper elit, vel congue sem. Ut pulvinar ante magna, ac convallis mi tincidunt non. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia curae; Nullam et laoreet mi. Nunc et mauris erat. Morbi sed odio consequat ligula consectetur dictum a in metus. Phasellus semper justo in ullamcorper molestie.
    JOHN DOE, Job Title
    COMPANY NAME
  • Vivamus nec semper elit, vel congue sem. Ut pulvinar ante magna, ac convallis mi tincidunt non. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia curae; Nullam et laoreet mi. Nunc et mauris erat. Morbi sed odio consequat ligula consectetur dictum a in metus. Phasellus semper justo in ullamcorper molestie.
    JOHN DOE, Job Title
    COMPANY NAME

Hubungi kami

    © 2021 kumoDent Hak cipta terpelihara. Terma Penggunaan | Dasar Privasi | Dasar Bayar Balik
    Pemilik perniagaan kecantikan atau kesihatan? Klik di sini!
    Pemilik klinik haiwan? Klik di sini!
    phone-handsetmap-marker